Tuesday, December 3, 2013

PUNCA BERLAKU KECELARUAN KEBIMBANGAN


1.PERISTIWA-PERISTIWA HIDUP YANG MENEKAN
·         Peristiwa tragedis seperti penderaan, kemalangan, kematian, bencana alam dan lain-lain.
·         Objek-objek yang menakutkan dan persekitaran yang mengingatkannnya pada peristiwa lepas telah membangkitkan perasaan takut.
·         Peristiwa-peristiwa hidup yang menekankan boleh mencetuskan gangguan kebimbangan. Kebimbangan selalunya akan hilang selepas puncanya disingkirkan tetapi ada kalanya gejala-gejala itu akan berlanjutan untuk tempoh yang lama walaupun selepas keadaan yang menekankan telah berakhir.

2. PENGARUH GENETIK
·         Kebarangkalian anda mendapat gangguan kebimbangan adalah lebih besar sekiranya salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradik anda mempunyai keadaan tersebut. Oleh itu, pembentukan genetik anda dan pengalaman hidup anda akan menentukan sama ada anda akan menghidapi gangguan kebimbangan.

3. PERSEKITARAN
·         Persekitaran yang mengancam diri individu.
Contoh:peperangan dan sebagainya.

4. PEMBAWAAN PERIBADI DAN KEADAAN TERTENTU.
·         Pesakit selalunya lebih lemah terhadap satu kombinasi tekanan seperti pembawaan peribadi, perubahan dalam hidup dan keadaan-keadaan khas.
·         Dikaitkan dengan tekanan sosial diri sendiri apabila berlaku ketidakserasian dalaman diri individu dengan luarannya.
·         Pengalaman dan perubahan hidup yang dilalui.

No comments:

Post a Comment