Tuesday, December 3, 2013

Dalam blog ini terdapat maklumat mengenai Kit Kesihatan Mental yang dikenali sebagai Psychological First Aid (PFA) iaitu mengenai kecelaruan kebimbangan.
        Dalam blog ini terdapatnya maklumat panduan ataupun kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan mental kecelaruan kebimbangan. selain itu, ia juga dapatm membantu mencegah gangguan mental iaitu kecelaruan kebimbangan. Disamping itu, terdapat juga langkah untuk mengelakkan stigma negatif mengenai kecelaruan kebimbangan serta peranan kaunselor dan intervensi kaunseling bagi merawat individu yang mengalami maslah kecelaruan kebimbangan.

DEFINISI KECELARUAN KEBIMBANGAN

Menurut Drever 1952 Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronikdan komplek yang wujud dalam pelbagai jeniskecelaruan mental dan saraf. Manakala menurut Jersild 1960 kebimbangan adalah tindak balas keseluruhan pada bahaya yangsubjektif. Dan menurut Altrocchi 1980 kebimbangan adalah perasaan yang dirasai seseorang semasa ketiadaan sebarang bahaya luaran yang dikenalpasti dan ia hanya sebagai tindak balas terhadap bahaya dalaman yang tidak realistik.
       Menurut kamus dewan(2004) bimbang membawa maksud kepada (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu, gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu, takut akan berlakunya sesuatu. manakala berbimbang berasa bimbang, membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang iaitu mengkhuatirkan dan kebimbangan pula merupakan keadaan atau rasa bimbang keraguan dan kecemasan.


1 comment: