1. GANGGUAN
KEBIMBANGAN AM (GAD)
Gangguan
kebimbangan am (GAD) ialah kebimbangan yang tidak terkawal iaitu
mengalami perasaan cemas dan bimbang secara berlebihan. Individu yanga
mengalami GAD akan sentiasa menunggu berlakunya tekanan atau kerisauan sama ada
tekanan dari masalah kesihatan, wang, keluarga atau kerja. Selain itu gangguan
ini akan menyebabkan individu itu susah untuk berehat dan mengetepikan masalah
yang dialami walaupun menyedari masalah tersebut tidak rasional. Simpton yang
dialami ini memberi kesan kepada fizikal iaitu tubuh akan menggeletar,
ketegangan otot, sakit kepala, meragam, berpeluh atau berasa panas secara
tiba-tiba, rasa hendak pitam atau sesak nafas, rasa mual dan kerap ke tandas.
Selain itu, individu yang mengalami GAD akan merasa tekanan dan kegelisahan
yang diperbesarkan walaupun tidak dapat dikenalpasti punca yang mencetuskan
kebimbangan itu. Individu akan disahkan megalami GAD jika mengalami kebimbangan
yang berterusan selama 6 bulan atau lebih Mereka akan berasa seperti hendak
pitam atau sesak nafas dan mungkin rasa mual atau perlu pergi ke tandas dengan
lebih kerap. Selalunya kerosakan yang dikaitkan dengan GAD adalah sederhana dan
mereka yang mengalami gangguan ini tidak akan berasa begitu tersekat dalam
persekitaran sosial atau semasa bekerja. Bagaimanapun jika ianya teruk, maka
GAD boleh melesukan, yang mengakibatkan susah melakukan aktiviti-aktiviti
harian yang mudah sekalipun.
2. GANGGUAN
PANIK.
Kecelaruan
kebimbangan yang seterusnya ialah gangguan panik iaitu perasaan panik yang
menimpa secara tiba-tiba dan secara berulang tanpa sebarang amaran dan sebab.
Gangguan ini tidak dapat dijangka, di mana dan bila ianya akan terjadi.
Kemungkinan berlaku kerisauan atau kebimbangan yang kronik yang menyebabkan
panik. selain itu panik ini akan menyebakan
gangguan emosi berterusan dan merasakan gangguan yang menyusul pada bila-bila masa. Simpton- simpton gangguan
panik ialah jantung berdebar kuat dan menjadi lemah, pitam, berpeluh, rasa
gayat, pesakit rasa diserang penyakit jantung atau strok, menjadi gila dan
mati.
Gangguan panik
selalunya diikuti oleh keadaan-keadaan seperti kemurungan atau penagihan
alkohol, dan akan berkembang menjadi satu fobia. Hidup sesetengah orang akan
menjadi begitu tersekat. Mereka akan mengelak sebarang situasi yang boleh
membuat mereka tidak berdaya jika satu serangan panik menimpa. Apabila hidup
mereka menjadi begitu tersekat oleh gangguan tersebut iaitu yang terjadi kepada
satu pertiga daripada orang yang mengalami gangguan panik, keadaan ini dikenali
sebagai agorafobia (gerun lapang).
3. FOBIA.
Fobia ialah
merupakan ketakutan yang keterlalua yang tidak realistik dan tidak rasional. Fobia spesifik
merupakan ketakutan terhadap sesuatu objek atau keadaan. Ramai orang mengalami
ketakutan spesifik yang tidak rasional dan begitu kuat terhadap barang-barang
tertentu atau keadaan. Beberapa contoh yang biasa adalah anjing, tempat-tempat
tertutup, ketinggian, eskalator, terowong, air, berterbang di udara dan
kecederaan yang melibatkan pendarahan. Manakala, fobia sosial adalah
satu ketakutan besar terhadap dimalukan semasa situasi sosial, secara
spesifiknya yang memalukan diri sendiri di hadapan orang lain. Kesilapan kecil
mungkin akan nampak begitu besar daripada keadaan sebenarnya. Pipi yang tiba-
tiba berubah menjadi merah juga nampaknya begitu memalukan dan si penghidap
akan berasa seolah-olah semua mata memandang ke arahnya. Atau ketakutannya
mungkin lebih spesifik, contohnya seperti berasa bimbang bila perlu memberi
ucapan, semasa bercakap dengan bos atau dengan seorang yang berkuasa, atau
semasa ‘dating’. Fobia sosial menjejas hidup biasa dan mengganggu perhubungan
sosial atau kerjaya.
Agrofobia, yang
selalunya menuruti gangguan panik, merupakan satu ketakutan terhadap dirinya
berada dalam sebarang keadaan yang mungkin mencetuskan serangan panik, atau
satu keadaan di mana beliau susah melepaskan diri sekiranya berlaku serangan
tersebut. Mereka yang mengalami agrofobia akan takut untuk berkunjung jauh dari
rumah atau untuk memasuki ruang-ruang terbatas seperti keretapi, lif,
kapalterbang kerana begitu takut akan mendapati satu serangan panik dan tidak
dapat melarikan diri dengan segera atau mendapatkan bantuan.
4. KECELARUAN
OBSESIF – KOMPULSIF.
Obsesif ialah
pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui kemampuan individu bagi
mengawalnya. Perasaan takut yang berkait rapat dengan kepercayaan, bayangan dan
fikiran yang tidak logik dan rasional. Kesan obsesif ialah gangguan hidup dalam bentuk keraguan
dan imej mental yang boleh mendatangkan bahaya kepada pasangan atau orang
lain. Manakala kumpulsif adalah tingkahlaku berulang kali seperti
membasuh tangan dan memeriksa sesuatu yang telah dilakukan.
Kumpulsif sentiasa diiringi oleh obsesif sebagai melepaskan rasa kebimbangan.
Kecelaruan obsesif-kompulsif adalah penyakit
mental yang
menyebabkan pemikiran dan tindakan yang berulang
dan tidak diingini. Kebimbangan adalah salah satu daripada gejala-gejala yang
paling biasa dan boleh menyebabkan individu untuk mempercayai bahawa jika tugas
yang belum selesai, sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Tugas seperti itu
mungkin untuk membasuh tangan lima kali. Kepercayaan ini membawa kepada
kebimbangan dan ketegangan yang lebih. Kecelaruan ini boleh menghadkan
keupayaan salah satu untuk mengambil bahagian dalam perhubungan, tempat kerja,
dan dalam masyarakat secara amnya.
5. KECELARUAN
TEKANAN AKUT DAN POST-TRAUMA
Kecelaruan
tekanan akut adalah perasaan takut yang tinggi selepas mengalami peristiwa yang
menakut dan mengejutkan untuk jangka pendek. Manakala tekanan post-trauma bagi
satu jangka panjang. Kecelaruan ini akan menyebabkan individu seolah-olah tidak
berada di alam yang nyata.Kesan dialami setelah melalui peristiwa peperangan,
bencana kesan daripada fenomena alam atau teknologi. Contoh kecelaruan seperti
gangguan ingatan, mimpi ngeri. Individu cuba mengelak daripada terlibat dengan
ransangan, sikap mengelak dan hilang minat kepada aktiviti yang disukai
sebelumya. Pesakit ini seoalah-olah tidak berada di alam nyata tetapi berada
dalam dunia khayalan. Boleh menyebabkan kematian, kecederaan fizikal yang
serius.
No comments:
Post a Comment